Friday, July 13, 2012

Peacock Bass Air Kuning, Kampar Perak ,Malaysia

PB masak cili...pernah cuba?.. MUSIM memancing ikan Peacock Bass (PB) sudah tiba di sekitar Perak pada bulan Mac hingga Oktober di mana ikan spesies pendatang ini dikatakan sedang galak memakan umpan yang di baling kepadanya. Pada ketika itu baling saja gewang jenis permukaan, terampai dan teggelam pasti di sambar ikan pelahap yang bersifat kewilayahan itu. Lantas, menerusi perkenalan singkat dalam laman sosial FB iaitu MRR Rizal bersama penulis mengatur trip ke Air Kuning baru-baru ini (Jun 2012) apabila melihat foto dalam laman FBnya penuh dengan spesies ini. Justeru, trip kami bermula apabila rakan MMR Rizal iaitu Moktar dengan kenderaan 4x4 beliau digunakan untuk merealisasikan tangkapan PB di bekas lombong bijih timah itu. Jom saksikan gambarnya:
Suzuki Vitara bertemankan cartopper gentian kaca berkuasakan 'truster' digunakan kami menempuh ladang kelapa sawit sekitar Kampar. Perjalanan mengambil masa kira-kira 30 minit ke lokasi PB.
PB berskala 30 cm yang diperdaya menggunakan JACKSON 7cm warna oren cukup laku di Air Kuning. Apa diperhatikan penulis gewang berwarna natural sekakan anak toman bersaiz sekitar 7-10 cm adalah penjerat terbaik PB di Air Kuning
LAGI PB oleh MRR Rizal menggunakan gewang permukaan STORM CHUGBUG
PENULIS menggunakan SPOON BAKAU turut menerima sambaran ketika sesudu terbabit dibaling ke lumut disambar PB.
Lesen PB bersaiz 40cm yang terbesar dalam trip ini menggunakan STORM FLUTTERSTICK. Ada lagi PB bersaiz 50cm dalam lombong ini.
TUDIA....PB yang berjaya didaratkan penulis ketika aktiviti memancing di tebig kolam. Gewang berwarna hijau menjadi pilihan PM kali ini. Tangkapan berlaku sekitar jam 11 pagi. Tip menancing di Air Kuning. *Kenderaan terbaik ke sini menggunakan 4x4 kerana jalannya berlopak dalam dan tidak rata. *Gunakan set BC/ Spinning beratio sederhana rendah seperti 5:1.1, 6:3.1 *Joran beraksi medium, ultrlight *Semua jenis gewang berskala 7-10 cm. Big lure for Big Fish!! *Pakai seluar/ baju berlengan panjang kerana cuaca lombong ini sangat panas. *Jangan lupa bawa cermin mata polarized dan sonar pengesan ikan *Menaiki bot/ kayak adalah langkah terbaik untuk menjarah lombong dalam masa yang singkat *Toman turut bermastautin dalam lombong ini. tamat