Sunday, August 15, 2010

RPBIC 2010




KUALA ROMPIN: Tanggal 6,7 dan 8 Ogos lalu, Berita Harian selaku penganjur RPBIC menganjurkan pertadingan memancing ikan layaran dan marlin yang bertempat di Pantai Bernas, dekat sini.
Seramai 35 pasukan terdiri daripada tiga orang atau 105 perserta mengambil bahagian dalam petandingan bagi merebut jumlah wang tunai keseluruhan RM47,800 untuk kategori berpasukan dan individu.
Dalam pertandingan selama dua hari itu, Team Xzoga Singapura bergelar juara apabila memperloleh 27 tangkapan manakala kategori individu pula adalah Tan Kian Ann -Team Odyssey dengan 13 layaran.
Tahun ini tangkapan direkodkan paling banyak berbanding 7 tahun lepas atau sejak 2004, sebanyak 205 tangkapan berbanding 2009 iaitu 98 layaran.
Antara negara mengambil bahagian, Australia, Thailand, Singapura, United Kingdom, Jepun dan Malaysia.
Penulis sebagai urusetia/ wartawan dijemput turun padang mengekori peserta pada hari pertama pertandingan.
Jom saksikan gambarnya:


Peserta tercantik dari Hook On Sea yang memeriahkan pertandingan. Beliau bertugas sebagai jurugambar kepada kumpulan ini.


Perlawanan bermula apabila layaran mengena pada mata kail hasil umpan tamban hidup. Teknik hanyut menggunakan belon.


Aksi akrobatik yang perlu dilihat selepas layaran terkena mata kail. Lompatan pasti memukau sesiapa yang melihatnya.


Akti akrobatik paling istimewa.


Tangkapan layaran pasti membuatkan rakan pasukan kagum dengan tangkapan anda. Semangat berpasukan penting apabila rakan sedang bertarung dengan ikan ini dengan menaikkan joran masing-masing kerana layaran akan terlepas selepas tali bersimpul dengan tali pemancing lain.


Setiap tangkapan perlu dilepaskan semula mengikut syarat pertandingan. Marsyall bertanggungjawab merekodkan dan mengambil gambar tangkapan yang berjaya didaratkan. Layaran 600 mata Marlin 1,000 mata.


Tangkapan yang dilepaskan.

*segala gambar dalam blog ini adalah hakcipta terpelihara dari sumber penulis. Salinan adalah dilarang.



114 TANGKAPAN KATEGORI INDIVIDU RPBIC 2010

1. Tan Kian Ann -Team Odyssey (13 layaran 7,800 mata)
2. Steven Chong - Team Xzoga Malaysia (11 layaran 6,600 mata)
3. Eric Lim Soon Huat -Team Kaiser Pro (10 layaran 6,000 mata)
4. Patrick Ng Kam Ling - Kloomacher- Accurate Fishing (9 layaran 5,400 mata)
5. Cecilia Ryan - Ultimate Angler (8 layaran 4,800 mata)
6. Ang Oon Hwai - Lemax Pro Team 2 (8 layaran 4,800 mata)
7. Cheah Hanshueng - More Than Fish (7 layaran 4,200 mata)
8. Chenng Hee Peng - SMK (7 layaran 4,200 mata)
9. Somwong Teerakulphisut - Team Xzoga Thailand (6 layaran 3,600 mata)
10. Brian Stappleton - PNB Commercial STS (5 layaran 3,000 mata)
11. Denis Lee - Team Xzoga Malaysia (5 layaran 3,000 mata)
12. Tan Chun Kiat - Happy Hook UPS (4 layaran 2,400 mata)
13. Lim Chee Young - Lemax Pro Team (3 layaran 1,800 mata)
14. Mohd Tamizam Abd Karim - RYSC Pengail (3 layaran 1,800 mata)
15. Jason Bowers - The Vanilla Gorillas (2 layaran 1,200 mata)
16. Wilson Tan - Team Xzoga Malaysia (2 layaran 1,200 mata)
17. Alex Lau Fock Wan - Silver Cross (1 layaran 600 mata)
18. Lim Kee Sim - Lemax Pro Team 3 (1 layaran 600 mata)
19. Tang Suet Wah Justiny - SML (1 layaran 600 mata)
20. Chia Cheng Tak - Silver Cross (1 layaran 600 mata)
21. Nasir Yusof -TV3 (1 layaran 600 mata)
22. Yap Hong Lin - Happy Hook Ups (1 layaran 600 mata)
23. Jimmy Yap Thiam Aun - Happy Hook Ups (1 layaran 600 mata)
24. Capt Lam Ming - Team Odyssey (1 layaran 600 mata)
25. Rostam Mohd Amin - RSYC Pengail (1 layaran 600 mata)
26. Mohd Rozale Abdullah - ECERDC (1 layaran 600 mata)
27. Mohd Fadly Khamis - TV3 (1 layaran 600 mata).

91 TANGKAPAN KATEGORI KUMPULAN

1. Team Xzoga Singapura - Jacky Ho, Sim Seng Kok, Reuben Tan (27 layaran 16,200 mata).
2. Lemax Pro Team - Kapten (B) Tan Too Giok, Lee Hu Poh, Lim Yue Lean (20 layaran 12,000 mata).
3. Hook On C Adventures Team - Robert Gardiner, Kenneth Lee, Wong Sun Ping (16 layaran 9,600 mata).
4. Ripple Fisher - Richard Foong, Micheal Gang, Felix Ang (7 layaran 4,200 mata).
5. Hook On C Team 1 - Charles Lee Khoon, Tatumi Asada, Daryl Jes Chng (6 layaran 3,600 mata).
6. The Rievers- Jonathan Elliott, Robert Adam Elliott, Dominic Francis Pereira (4 layaran 2,400 mata.
7. Batu Balik - Modh Fadzli Hamidun, Mohamed Nasrudin Hamidun (3 layaran 1,800 mata).
8. De Pecah Periuk Team - Rusli Abdul Azid, Azmi Abd Rahim, Mohd Asmawi Abd Rahim (3 layaran 1,800 mata).
9. Hook On C - Team 3 Norton - David Freer, Tim Freer (2 layaran 1,200 mata).
10. PNB Commercial STS - Mohd Radhiff Talha (1 layaran 600 mata).
11. Team Kaiser Pro - Ivan Lim (1 layaran 600 mata).
12. The Vanilla Gorillas - Peter James (1 layaran 600 mata).
13. Sahabat - Omar Metasim (1 layaran 600 mata).