Wednesday, July 28, 2010

Talapia nasib...



PUCHONG: Baru-baru ini geng Noob Caster seperti biasa pergi memancing di Tasik Prima Puchong,kami bergerak sesudah subuh bagi memburu ikan Peacock Bass, Toman dan Talapia yang banyak berada dalam kolm bekas lombong pasir itu.
Seperti biasa, teknik yang digunakan mengilat..
Jom saksikan gambarnya;

1.
Keadaan tasik pada awal pagi kelihatan banyak chilchild berwarna merah bermain di permukaan air. Banyaknya tidak terkata..goreng pun sedap

2.
Salah seekor toman yang berjaya dipancing menggunakan gewang chuqbug...

3.
Tidak ketinggalan seluang dihentam Strom Flutterstick Madflash.

Kesimpulan:
Trip yang kumpaw..kerana kelihatan ikan seakan mabuk terkenan toksin.Jadi mereka kelihatan culas membaham gewang. Bagaimanapun talapia berjaya menutup kekecewaan itu apabila sudi menjadi mangsa kali ini.

Monday, July 12, 2010

CBS3-Meriah



Geng kaki kasting sekitar lembah Klang bergabung tradisi CBS3


BANGI: Pada 4 Julai lalu, satu pertandingan memancing casting battle Series 3 (CBS3) anjuran Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) dan Geng Kaki Casting (GKC) berlangsung di Kolej Islam Selangor (KUIS) yang berjaya menghimpunkan sekurang-kurangnya 50 kumpulan.
Pertandingan berlangsung jam 8 pagi hingga 12 tengahari mensyratkan pemancing menggunnakan tekknik mengilat menggunakan gewang bagi memburu ikan toman, sebarau yang banyak terdapat dekat situ.
Sehingga tamat memancing, Juara Kumpulan dimenangi oleh Big Sea 1 (23), kedua; C.A.T1 (16), ketiga; Noob Caster (6) dan keempat; Black Panther (4)
Juara individu Ah Seng (23), kedua; Ripper (16), ketiga, Zulhilmi (6) dan Chong Yee Meng (4).
Juara Toman terberat Ah Seng 2.27kg dan Ripper 1.54kg. Penaja terbabit, Pure Fishing dan Ocean Big Sea, Kembara Kail dan Majalah Sirip.

Jom kita saksikan gambarnya


Peserta berkumpul mendengar taklimat daripada penganjur.


Paichen selaku penganjur menjalankan tanggungjawabnya.


Pengerusi Persatuan Memancing Malaysia (PeMM) Ridzuan Ghazali memelepaskan ikan puyu dalam tasik KUIS bagi membanteras telur ikan peacock bass atau ikan raja.


Acara kasting bermula!!


Pemenang yang mendapatkan habuan masing-masing.


Team Noob Caster (penulis kiri) bergambar kenangan memenangi tempat ketiga.


Terima kasih kepada Marsyall bertugas.

Friday, July 2, 2010

Jelawat Sangap...


MALIM NAWAR: Kejadian ikan jelawat membaham gewang masih terngiang-ngiang di kepala Geng Pikok (GP) yang berkunjung ke sini, April lalu.

Mana tidaknya, spesies Leptobarbus hoeveni itu jarang sekali menyambar gewang dan hanya boleh dipancing menggunakan hirisan kelapa sawit dan dedak. Bayangkan, ia menghentam Storm-Flutterstik Madflash yang belum sempat dikarau.

Jelawat dengan gewang flutterstick kaler pelangi.
April lalu, Geng GP iaitu Zali, Abu, Zuhrah, Eli dan Sudel yang mengaturkan trip susulan, sebenarnya memburu ikan peacock bass dan toman yang banyak mendiami bekas lombong di situ.

Perjalanan dari Petaling Jaya seawal jam 4 pagi menuju ke Gopeng memakan masa hampir dua jam. Sesudah solat subuh di hentian Tapah, mereka bergegas menuju lokasi pertama di lombong berselirat dekat sini.

Sasaran pertama ialah bekas lombong sebesar dua padang bola sepak yang pernah menobatkan Zali dengan ikan toman 5 kilogram (kg) tahun lalu.
Zali yang menggunakan kekili Daiwa- Sweepfire yang dipadankan Abu Garcia- Ultracast membuat balingan pertama di lokasi tanjung lombong dan disusuli Abu, Zuhrah, Eli dan Sudel yang tidak jauh antara satu sama lain.

Ikan peacock banyak terdapat di lombong ini
Pilihan gewang kesukaan beliau iaitu pensil Storm-Flutterstik berwarna putih 10 sentimeter (cm) seakan anak seluang yang dibaling, terus disambar toman ketika gewang jatuh berhampiran kawasan pokok teratai.

Tali sulam Spiderwire 15 paun (lb) memecut laju di bawah teratai yang menjadi habitat ikan persis kepala ular itu membuat serang hendap. Akhirnya toman remaja berskala 2 kg didaratkan.

Perlawanan tidak habis begitu saja, Zuhrah yang menggunakan Rapala-Tail Dancers warna merah turut disambar ikan sama. Pertarungan cukup singkat apabila ikan toman hampir 3 kg yang mengena cedera pada bahagian badannya dipercayai bergaduh sesama sendiri merebut wilayah.

Kira-kira jam 10.30 pagi, Eli yang gagal mendapat ikan di lombong pertama mengajak rakan mencuba di lombong sebelah pula yang hampir 70 peratus dipenuhi teratai.

Ikan Childchild pun hentam gewang!!
Sekali lagi Zali yang menggunakan gewang sama tetapi berlainan iaitu biru, putih dan oren yang membuat balingan ke tengah lombong dan terus dihambat ikan yang tidak dapat dikenal pasti.

Larian mangsa seakan ikan tongsan memaksa Zali melaraskan sistem seretan separa maksimum kerana bimbang ikan menuju ke reba di tanjung lombong. Beliau yang sudah menjangkakan taktik licik mangsa bergegas mengangkat joran supaya ikan bergerak ke kawasan terbuka.

Teknik itu nampak berkesan apabila jelawat bersirip kuning emas berskala 2 kg akhirnya didaratkan. Beliau yang belum pernah mendapat hasil sebegini bersorak kegembiraan yang kemudian mengambil gambar sebagai kenangan.

Meriah...kalau dapat memancing dengan geng sekepala.
Kira-kira jam 5 petang, aktiviti memancing ditamatkan ekoran cuaca gelap yang menandakan hujan akan turun. Tangkapan lima peacock bass, tiga ekor toman dan seekor jelawat cukup memadai dalam trip yang dianggap istimewa ini.

Terima kasih Razali kerana menyumbangkan gambar untuk sisipan Joran dan blog ini...