Wednesday, May 19, 2010

Layan PB Gopeng!


Abang Mee 'penggila' Peacock Bass tegar dengan tangkapan

PB oh PB

GOPENG: Ikan Peacok Bass atau PB dikatakan paling banyak mendominasi bekas lombong bijih timah di sekitar negeri Perak ini.
Walaupun kesannya dilihat 'melunakkan' ikan tempatan yang banyak mendominasi perairan di negara ini, setuju saya katakan PB ini adalah ikan bertaraf game fish untuk kaki gewang yang suka memancing nya.
Dekat sini, saya ingin kongsikan beberapa gambar yang diperoleh dari Abg Mee selaku juru guide berpengalaman yang membawa pemancing yang menggunakan perkhimatannya untuk memancing ikan PB ini sekitar lombong Kota Bharu, Perak.


Tangkapan saiz biasa oleh Geng Memerang Gopeng


Faiz dengan tangkapan hampir 2 kg waktu tengahari.


A'ahh Jemy dengan ikan PB sekor lagi.Semua hentam gewang cap X


Abg Mee dengan tangkapan seterusnya


Ukur ikan saiz matang jer.

Untuk jurupandu@ sewa bot+ enjin cluster call abg Mee o17-5387069

Monday, May 17, 2010

GP JORAN 2010 SEDIL,I JOHOR KEMBALI!!

Tarikh muktamad 12 dan 13 Jun depan. Bot terhad 70 sahaja.



KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai keseluruhan RM82,000 bakal menanti peserta Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Ketiga di Sedili ,Kota Tinggi, Johor yang dianjurkan akhbar Berita Harian pada 12 dan 13 Jun depan.

Hadiah ini adalah yang tertinggi dan sama jumlahnya seperti penganjuran karnival sebelum ini yang diadakan di Kuala Pahang pada April lalu.

Dalam pertandingan ini, Juara Kategori Laut dan Pantai masing-masing akan membawa pulang wang tunai RM20,000; tempat kedua 10,000 dan ketiga RM4,000 dengan hadiah iringan masing-masing tajaan penaja.

Bagi Kategori Laut, penganjur menawarkan hadiah RM1,000 di tempat keempat; kelima 500; keenam hingga ke-15, RM300; ke 16 hingga ke 30, RM200 dan ke 31 hingga ke 40, hamper dari penaja.

Sementara kategori keempat Kategori Pantai ialah RM800; kelima RM400; keenam hingga 15, RM200; ke 16 hingga 30, RM100 dan ke 31 hingga 40, juga berupa hamper.
Hadiah khas juara kategori ikan pari terberat (Kategori Laut) RM1,000; kedua RM500 dan ketiga RM300. Yuran Kategori Laut RM200 dan Pantai RM100.

Pada pertandingan kali ini juga penganjur mengehadkan sebanyak 70 bot saja bagi Kategori Laut yang dipertandingkan. Pengehad bot ini adalah berdasarkan siapa cepat dia dapat.

Justeru, peserta bagi kategori ini digalakkan membuat pendaftaran awal dengan mengisi borang rasmi yang akan dikeluarkan akhbar ini.

Borang terbabit yang dimuatkan akhbar ini akan bermula hari ini, 31 Mei, 4,6,7,11 dan 12 Jun, manakala Harian Metro pada 1 hingga 7 Jun. Tarikh tutup pendaftaran Kategori Laut pada 7 Jun dan Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Sementara itu, penganjur mengingatkan peserta bagi dua kategori terbabit yang mendaftar menggunakan khidmat pos dimestikan borang pendaftaran mereka sampai sebelum tarikh tutup penyertaan. Sekiranya kelewatan berlaku, wang terbabit akan dipulangkan.

Bagi pembayaran secara online, peserta boleh berbuat demikian melalui akaun Maybank yang tertera bernombor 514105612981 atas nama Joran Berita Harian. Slip bank terbabit kemudiannya perlu dihantar ke Unit Joran melalui talian fax 03-22823552.

Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Ketiga di Sedili ,Kota Tinggi, Johor anjuran Berita Harian turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri, Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (Kejora), Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) dan Tourism Johor
turut menawarkan sebanyak 1,500 kemeja T kepada peserta yang mendaftar awal.

Untuk pertanyaan lanjut hubungi Umbai di talian 013-331066 atau unit joran 03-22822323 sambungan 4241 dan 4240.

tamat

Tuesday, May 11, 2010

Gambar BOTR 2010


MERIAH...peserta berkonvoi beramai-ramai dari Sri Pentas TV3.


PESERTA sibuk menurunkan bot atau 'cartopper' atas bumbung 4x4 selepas tiba.


PESERTA memunggah bot dan barang keperluan untuk dimasukkan dalam rumah bot.


PESERTA rumah bot bersedia untuk bertolak


VIP bersedia melepaskan hon angin meandakan acara BOTR bermula


SALAH satu rumah bot daripada 12 yang mengambil bahagian BOTR


INI baru santai sambil memancing..penulis berbaju hijau.


PESERTA mula bergerak mencari lubuk ikan toman dan sebarau di dua sungai Mandak/Siput


SELEPAS bermalam satu hari, peserta pulang ke Pangkalan Gawi semula


BERSEDIA pulang untuk upacara penyampaian hadiah


CARTOPPER yang bersedia diletakkan atas 4x4


KETIBAAN tetamu VIP Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said


PESERTA mendengar ucapan Menteri Besar 'Kita sasarkan 500 bot BOTR tahun depan," kata Ahmad Said


GAMBAR kenangan,Juara Kelah Hunter; Kedua Sedim; ketiga Alucast 6

BOTR Tasik Kenyir ; Kelah Hunter Juara


Juara bergambar kenangan selepas majlis penyampaian hadiah

KUALA BERANG: Hasrat kumpulan Kelah Hunter untuk menambahkan koleksi bot gentian kaca kedua mereka untuk mengajak lebih ramai rakan menyertai ekspedisi memancing sambil santai Boat On The Road (BOTR) tahun depan tercapai apabila mereka dinobatkan juara kumpulan dalam pertandingan itu di Tasik Kenyir Ahad lalu.


Kumpulan terdiri daripada Mohamed Zaini Jidin, 44, Asri Mat Isa 39 dan Mohd Saleh Hamid 37, yang menangkap spesis toman dan berat keseluruhan 8.09 kilogram (kg) turut berjaya membawa pulang wang tunai RM3,000 dan sekaligus mengalahkan 50 kumpulan yang menyertai pertandingan itu.
Ketua kumpulannya Zaini berkata, hadiah wang kemenangan ini akan digunakan untuk membeli bot gentian baru selepas masing-masing bersetuju dengan cadangan yang dibuat mereka itu.


Peserta dalam perjalanan Ke Tasik Kenyir

“Hasrat kami nampaknya dimakbulkan tuhan dengan memberi peluang untuk memenangi pertandingan ini yang dirasakan cukup mencabar kerana bersaing dengan pemancing yang lebih berpengalaman.
“Namun rezeki tak ke mana dan kemenangan berpihak kepada kami. Kumpulan kami cukup berpuas hati dengan penganjuran pertandingan seperti ini,” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup dan penyampaian hadiah BOTR yang disampaikan oleh Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said di Pangkalan Gawi, dekat sini.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid; Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah), Hamzah Ngah; Ketua Jabatan Ketenteraman Awam dan Polis Trafik negeri, Superintendan Alias Hashim; Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Berang, Zawawi Ismail dan Adun Tepuh, Muhammad Ramli Nuh.
Beliau ketika ditanya mengenai pengalaman menyertai acara seumpama ini berkata, perkara paling seronok bagi kumpulannya adalah bermalam di rumah bot dengan kumpulan lain sambil meninjau panorama indah di Sungai Siput dan Mandak pada awal pagi.


Kenderaan 4x4 yang baru tiba di Pangkalan Gawi, Tasik Kenyir

“Sepanjang pertandingan, kumpulan kami seperti berkelah dan bersantai dalam rumah bot dengan menjamu banyak makanan yang disediakan tekong dan apabila tiba masanya untuk memancing kami bersama kumpulan lain berpusu-pusu menghidupkan enjin bot dan mencari lubuk ikan di sekitar dua sungai terbabit. Itulah perkara paling seronok yang kami alami di sini,” katanya.
Zaini menambah hasil daripada aktiviti memancing menggunakan umpan anak keli, mereka berjaya menaikkan beberapa ekor ikan toman juvenil dan tiga ekor toman dewasa.


Peserta Alucast mengiringi VIP dalam acara berlepas

“Kami bertiga menggunakan kaedah pancing dasar dengan berumpankan anak ikan keli yang dikatakan paling terbaik untuk menjerat ikan toman di sini dan kaedah yang dilakukan ternyata berkesan berbanding umpan gewang yang kebanyakan digunakan pemancing lain,” katanya yang turut mengusahakan bot pelancongan di tasik itu.

Kumpulan ini yang masing-masing berasal dari Bagan Serai, Shah Alam dan Kuala Berang sudah mempunyai bot gentian kaca sendiri sepanjang 13 kaki hasil perkongsian mereka yang menjadikan Tasik Kenyir sebagai tempat memancing ketika masa terluang sejak tiga tahun lalu.

Sementara itu, dalam pertandingan ini, tempat kedua disandang kumpulan Sedim dengan tangkapan seekor toman seberat 4.59 kg yang membawa pulang wang tunai RM2,000 dengan hadiah iringan peralatan memancing sumbangan penaja manakala tempat ketiga dimenangi kumpulan Alucast 6 dengan tangkapan ikan spesis sama seberat 3.18 kg dan membawa pulang wang tunai RM1,000 serta hadiah iringan.

Gambar pemenang BOTR dengan hadiah masing-masing

BOTR yang tamat pada Ahad lepas berjaya menghimpunkan kira-kira 200 peserta atau 50 buah kenderaan pacuan empat roda (4x4). Peserta berkonvoi bermula dari Sri Pentas TV3, Bandar Utama menuju ke Tasik Kenyir untuk menyertai pertandingan memancing bagi merebut hadiah keseluruhan bernilai RM10,000. Dalam siri pertandingan ini juga, ikan arapaima gigas gagal dinaikkan mana-mana peserta bagi membolot hadiah khas bernilai RM20,000.

Wednesday, May 5, 2010

6 penaja serah produk bernilai RM27,000 Boat On The Road





KUALA LUMPUR: Enam penaja tampil menyerahkan tajaan keseluruhan bernilai RM27,000 sebagai komitmen penganjuran ekspedisi memancing sambil santai Boat On The Road (BOTR) yang akan berlangsung di Tasik Kenyir, Terengganu pada Jumaat, Sabtu dan Ahad depan.

Penaja berikut iaitu Tourism Malaysia, UFL & Coleman, TCE Tackles, Boat Explorer Sdn Bhd, Outworld Pro Gear dan Super Best Power Sdn Bhd.

Tajaan terbabit diserahkan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd (BHSB), Datuk Mior Kamarul Shahid sambil disaksikan Timbalan Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Mahfar Ali di Balai Berita
Pada majlis itu, Tourism Malaysia hadir menyerahkan tajaan wang tunai dan hamper bernilai RM12,000 diwakili Pengarah Bahagian Pembangunan Industri, Zulkifly Md Said; UFL & Coleman menaja peralatan sukan lasak bernilai RM5,000 diwakili Pengarah Urusannya, Datuk Radna Krisnan

Penaja lain iaitu TCE Tackles yang menaja peralatan memancing bernilai RM3,000 diwakili Pengarah Pemasarannya, Micheal Tan; Boat Explorer Sdn Bhd yang menaja sebuah bot bernilai RM3,000 di wakili Pengarah Urusannya, Mike Thien.



Outworld Pro Gear yang turut menaja barangan sukan lasak bernilai RM1,500 diwakili Pengurus Programnya Khairil Yusree dan Super Best Power (M) Sdn Bhd menaja produk berasakan minuman kesihatan bernilai RM2,500 diwakili Ketua Pegawai Operasinya Kamal Mohd Noor.

Terdahulu Kerajaan Negeri Terengganu yang diwakili Menteri Besar Datuk Ahmad Said sudah menyerahkan tajaan wang tunai RM150,000 sempena program BOTR ini.
BOTR anjuran Unit Joran Berita Harian dan TV3 yang diadakan sempena siri Jelajah Joran bersiaran pada 16 Mei ini selama 13 episod menjayakan acara berkonvoi kira-kira 50 kenderaan pacuan empat roda (4x4) yang memancing sambil bersantai di rumah bot, Tasik Kenyir.

Dalam pertandingan ini sejumlah RM10,000 ditawarkan kepada pasukan yang menang iaitu juara membawa pulang RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000. Sebanyak 10 hadiah sagu hati RM300 dan lima sagu hati bernilai RM200 setiap satu ditawarkan kepada peserta individu.