Wednesday, March 24, 2010

Haruan Utara

Tertipu lagi dengan gewang spinerbait/lure bait

POKOK SENA: Penulis yang berkesempatan balik ke kampung Tualang dekat sini, untuk menghadiri kenduri kenalan rapat sempat menghliangkan ketagih di kolam terbiar berhampiran sawah.

Kolam sebesar padang futsal danranting kayu menjadi lokasi tetap penulis untuk memancing di sini.

Tidak menghampakan setiapkali penulis memancing dan habuan berskala 600 gram sehingga sekilo mudah dijinakkan dengan unpan tiruan yang paling mujarab ini.

jom kita saksikan gambarnya...

1.Suasana kolam sebesar padang futsal hampir 70% ditutupi rumput dan pokok cenerai yang tumbuh liar dekat situ.

2. Ikan pertama berskala 600g yang dipancing dengan janggut merah putih.Lokasi di bangkar kayu apabila kelibat ikan ini nampak jelas meligan gewang dan letupan 'pop' akhirnya berjaya ditangkap.

3.Ikan kedua saiz hampir sama dengan gewang hitam putih,balingan di rumput dihambat mangsa dari celah dan buih timbul menandakan ikan menyergap penuh gewang.2 minit mangsa dinaikkan.

4.Cubaan dewang lutsinar dari eupro dengan mata tunggal daiici ternyata tidak sia-sia untuk dicuba.

5.Mangsa dengan power grip yang sesuai digunakan untuk menanggalkan matakail dengan mudah.

6.Penulis secara solo memburu ikan idaman selaku kaki kasting yang amat meminati cara ini.

7.Mangsa yang akan dilepaskan kembali untuk perjuangan akan datang.

Tuesday, March 23, 2010

Kuanter Pendaftran GP Joran sudah dibuka!

KUALA LUMPUR: (TERKINI) Kuanter pendaftaran GP Joran Pusingan 1 Pekan Pahang pada 10 dan 11 April sudah dibuka pada hari ini (24/3/10) di kuanter cawangan NSTP seluruh Malaysia.
Bagi peserta yang tinggal di Lembah Klang, mereka boleh hadir mendaftar di Kuanter Klassifields Bangunan lama NSTP Jala Riong, Kuala Lumpur
Yuran Kategori Pantai RM100 dan Kategori Laut RM200 (bot terhad 70 buah sahaja)
Maklumat lanjut http://www.facebook.com/home.php?#!/pages/Joran/377774497904

tamat

Tuesday, March 16, 2010

GP Joran Pusingan 1

Oleh Zulhilmi Hat
hilmi@bharian.com.my

Poster GP Pusingan 1

KUALA LUMPUR: Hadiah wang tunai keseluruhan bernilai( RM84,000) RM82,000 (confirm) bakal menanti peserta dalam acara Karnival Memancing GP Joran 2010 Pusingan Pertama yang dijadualkan berlangsung di Kuala Pahang, Pekan, Pahang pada 10 dan 11 April depan.

Jumlah tersebut adalah yang tertinggi dalam sejarah penganjuran siri GP joran sebelum ini menawarkan RM57,000 bagi Kategori Pantai dan Laut di lokasi sama.

Selain itu, peningkatan hadiah ini juga sebagai pengiktirafan kepada peserta setia GP Joran selama 14 tahun penganjuran Berita Harian terbabit dalam industri pertandingan memancing ini.
Dalam pusingan pertama kali ini, Juara Kategori Pantai dan Laut masing-masing bakal membawa wang tunai RM20,000; kedua RM10,000; ketiga RM4,000.

Tempat keempat Kategori Pantai RM800; kelima RM400, keenam hingga ke-15 RM200; ke-16 hingga ke- 30 RM100. Kategori Laut tempat keempat RM1,000; kelima RM500; keenam hingga ke-15 RM300; ke-16 hingga ke-30 RM200 dan hadiah hamper bagi kedua-dua kategori tempat 31 hingga ke-40.

Bagi Kategori Khas Ikan Pari terberat (Kategori Laut) tempat pertama RM1,000; kedua RM500; ketiga RM300.
Yuran penyertaan bagi Kategori Pantai RM100 dan Laut RM200. Sebanyak 1,500 baju t shirt akan diberikan kepada peserta yang mendaftar awal semasa acara yang berlangsung Sabtu dan Ahad itu.

Borang penyertaan akan dikeluarkan dalam akhbar Berita Harian pada 24,28,29,30 dan 31 Mac manakala Harian Metro pada 1 hingga 6 April. Tarikh tutup pendaftaran Kategori Laut pada 6 April yang mana tiada bayaran di jeti manakala Kategori Pantai sehingga hari pertandingan.

Penganjur juga menasihatkan peserta Kategori Laut supaya mendaftar lebih awal di cawangan pejabat Berita Harian di seluruh negeri kerana kemudahan bot adalah terhad.

Dalam pertandingan ini, 20 mata yang dikutip dari pertandingan sebelumnya, Pra GP Joran akan di bawa dalam siri pusingan pertama. Sistem mata GP joran masih dikekalkan mengikut kategori spesis yang dipertandingkan.

Tuesday, March 9, 2010

CASTING BATTLE SERIES 11-CYBERJAYA

Geng Kaki Casting (GKC) mengasting sampai lebam.

CYBERJAYA: Pada 6 March lalu, acara mengasting anjuran PeMM-GKC diadakan untuk memindahkan populasi ikan pemangsa seperti ikan toman ke kawasan lain susulan pertambahannya akan 'memudaratkan' ikan kecil seperti lampam, belida dan sepat yang terdapat banyak di situ.
Justeru, 100 peserta terdiri daripada kaki forum (dibahagi kumpulan) seperti MFN dan KPN turut serta bagi menyahut seruan itu yang dikelolakan oleh saudara Ridzuan Ghazali selaku pengerusi PeMM.
Penulis mengambil bahagian sebagai media jemputan dari Berita Harian.
Mari kita lihat gambarnya.


Tag media untuk wartawan yang hadir


Lokasi Tasik Komuniti Cyberjaya


Salah seorang peserta dengan baju sponsor all black sedang asyik menkasting.
Suasana perserta majoritinya menggunakan Bait Casting Low Profile dan Round Casting 'berjenama'
Toman seberat 3.9kilogram berjaya dipancing dengan pencil bait (oren) di kolam terbiar bersebelahan Tasik Komuniti.
Pak Barau sebagai Marsyall berusaha mengeluarkan matakail dalam mulut mangsa.

Kesimpulan :
Kira-kira 15 ekor toman berskala 4 kilo berjaya ditangkap dan ikan inii kemudiannya dilepaskan di Ampangan Kuning, Bukit Cerakah untuk aktiviti membiakkannya.

Majoriti senjata digunakan:

BC REEL
ABU REVO S
ABU REVO STX
ABU REVO SALTIG
BLUE MAX
SILVERMAX
BLACK MAX
ABU MORRUM
SHIMANO CURADO
SHIMANO CALCUTTA
DAIWA ZILLION
BANAX

ROD
ABU STRINGER
ABU VENDETTA
DAIWA
BERKLEY HERRYWOOD
SHIMANO BASTERRA
LEMAX

PEMENANG:



KEPUTUSAN CASTING BATTLE 2




KATEGORI KUMPULAN



MARKAH
MANGKOR CASTER 92
TEAM LUNYAI
42
GENG BAS SEKOLAH 41








KATEGORI INDIVIDU



MARKAH
GT72 (ANUAR) 64
RIPPER (KAZRIN
40
ABU 39








TOMAN TERBERAT




BERAT
RIPPER ( KAZRIN) 4.0KG
ABU

3.9KG
INDRA 3.8KG








ACCURATE CASTING




ABU






DISTANCE CASTING




BOTAQUE




*Laporan lengkap akan disiarkan dalam sisipan Joran 27 March

Wednesday, March 3, 2010

Pra GP Joran 2010 Meriah

Kunjungan hampir 35,000 pengunjung.

Fakta
  • Kategori Pantai dipertandingkan.
  • Joran sepanjang 15 kaki digunakan

  • Terdapat kumpulan yang memakai baju pasukan masing-masing bagi mewakili persatuan

  • Umpan perumpun apling mujarab di pantai ini

  • 20 marsyal digunakan untuk mengawal selia peserta

  • Ikan Depu, Yu, Sesirat tidak dipertandingkan

  • Air pasang jam 7 pagi sehingga jam 12 tgh

  • Cabutan bertuah sehinga 60 orang.

Gambar sekitar Pantai Puteri

Keterangan gambar:
  1. Suasana jam 7 pagi sekitar pantai
  2. Hon permulaan dilakukan jam 8 pagi
  3. Post marsyal yang diletakkan anatara pemancing
  4. Peserta pertama wanita
  5. Juara RM20,000 ikan pari, Sardi Othman
  6. Sekitar khemah meja hakim

Jumpa lagi GP Joran Pusngan 1 di Pekan, Pahang pada 10 dan 11 april 2010



























Monday, March 1, 2010

Senarai Pemenang Pra GP Joran 2010

FAKTA:
2,200 peserta
30,000 pengunjung
100 yuran
40 pemenang
11 penaja

  1. SARDI OTHMAN SEL PARI 5.15KG
  2. IDRIS YUSOFF SEL SEMILANG 1.47KG
  3. MOHD JAIS ALI JOH SEMILANG 1.16KG
  4. NOR AZAHAR B WAHAB OAH SEMILANG1.12KG
  5. ANUAR ALIAS TER SEMILANG 0.915KG
  6. SAMAD JUMAHAT MEL SEMILANG 0.855
  7. ASRI SAIT MEL MALONG 0.85KG
  8. GHAZALI@MOHAMAD YUSOF ATAN PAH SEMILANG 0.765KG
  9. IDRIS MOKTI PER SEMILANG 0.65KG
  10. NAZERI KORIS PAH DAUN BARU 0.6KG
  11. KARIM NGADI N9 DURI 0.565KG
  12. EMRI AZIMAR JOH MALONG 0.55KG
  13. HASLEN MISREN MEL MALONG 0.54KG
  14. HASSAN ADELI DAUD TER MALONG 0.525KG
  15. MOHD ROSDI ABDULLAH PAH SEMILANG 0.52KG
  16. RAZMI OMAR PAHKERAPU 0.445KG
  17. ZULKIFLI MOHAMED NOR PAH MALONG 0.44KG
  18. MOHD ZAINI MD SALLEH TERG MALONG O.405KG
  19. AIZUDDIN SHAH OSMAN PAH SENANGIN 0.39KG
  20. SHAHARUDDIN OTMNAN PER MALONG 0.395KG.