Tuesday, January 26, 2010

Poster GP Joran 2010

Poster GP Joran 2010, Pantai Puteri Melaka pada 28 Februari.

Poster tidak rasmi ini belum dikeluarkan dalam sisipan Joran setiap Sabtu dan maklumat seperti berikut:
  1. 20 mata bonus dimasukkan dalam siri Gp 2010
  2. Yuran RM100
  3. Borang boleh didapati pada 14,16,19, 22,24,27 Feb dalan Berita Harian dan 21,23,25,26 Feb dalam akhbar Harian Metro.
  4. Cabutan Bertuah Modenas Kriss
  5. PERCUMA 1,500 T-Shirt

Sunday, January 24, 2010

Wang Tunai Pra Gp Joran Melaka di naikkan?



PRA TM GP JORAN 2010 Pantai Puteri Melaka.

Hadiah Juara Pra GP Joran Pantai Puteri Melaka akan dinaikkan sehingga 20 peratus bermula
27 dan 28 Februari depan, selepas diputuskan dalam mesyuarat yang diadakan di Balai Berita baru-baru ini.

Keputusan kenaikan wang tunai hadiah utama itu sedang dibincangkan oleh Unit Joran yang akan diputuskan dalam masa terdekat.

Sebelum ini hadiah Utama Kategori Pantai sahaja di Melaka adalah RM15,000 yang dimenangi oleh Mohd Ali Abu Bakar, 39, dari Taman Seri Aman, Masjid Tanah, Melaka.

Anggaran Juara pada 2010 ini di Pantai Puteri kemungkinan akan mencecah RM20,000-25,000 dengan disertai pelbagai hadiah dari penaja yang mengambil bahagian nanti.

Jadi, untuk wang sebanyak itu, yuran turut dinaikkan RM 100 untuk kategori Pantai sahaja dan makalumat lanjut akan diiklankan pada sispan joran yang akan bermuala pada bulan Februari depan.

Untuk tahun ke 13 berturut-turut, Pra GP Joran memilih Pantai Puteri, Melaka sebagai lokasi pertandingan memancing bagi Kategori Pantai berdasarkan keadaan geografi pantai yang terkenal dengan pelbagai spesies ikan seperti gelama, kerapu, pari, sembilang, malong dan daun baru.

Selain pantainya yang cantik, lokasi memancing sepanjang lima kilometer ini adalah kawasan yang sentiasa menerima kunjungan ramai dari penduduk tempatan untuk bermandi manda pada cuti hari minggu.

Dalam pada itu penganjur masih mengekalkan empat lokasi utama pertandingan ini iaitu di Pantai Puteri (Melaka), Kuala Pahang (Pahang), Kuala Sedili (Johor) dan Teluk Lipat (Terengganu).

Walau bagaimanapun dalam pertandingan Pra GP ini, penganjur akan mensasarkan peserta paling ramai untuk memecahkan rekod terkini sejak tiga tahun lepas yang dilaporkan berada pada tahap yang membanggakan. Sasaran ini selaras dengan hadiah wang tunai yang dinaikkan oleh penganjur kali ini.

Untuk rekod, dalam empat pusingan Memancing GP Joran, Perodua selaku penaja rasmi akan menaja dua buah kenderaan untuk juara keseluruhan Kategori Laut dan Pantai dalam Grand Slam GP Joran di Teluk Lipat, Dungun.

Selain itu, bagi penaja lain seperti Gardenia, TCE Takcles, UFL Coleman dan Noraini’s Cookies turut memeriahkan karnival dengan mempamerkan produk terkini keluaran mereka dengan harga yang berpatutan kepada pengunjung yang hadir.

Thursday, January 14, 2010

Jadual TM GPJoran 2010

Untuk maklumat pemancing di seluruh Malaysia, Singapura dan Brunei.

Selepas bermesyuarat secara tidak rasmi baru-baru ini di Balai Berita Harian bersama Team Joran, keputusan tarikh GP Joran 2010 seperti berikut:

1. Pra TM GP Joran di Pantai Puteri (kategori panatai shj); Melaka 27 dan 28 Feb 2010

2. Pusingan Pertama di Kuala Pahang (kategori pantai dan Laut dalam) ;10 dan 11 April 2010

3. Pusingan Kedua di Sedili Johor (kategori pantai dan Laut dalam); 12 dan 13 Jun 2010

4. Pusingan Akhir, Teluk Lipat, Dungun Trg (kategori pantai dan Laut dalam) 30 dan 31 Julai @6 dan 7 Ogos

Pada pusingan akhir kali ini, hadiah ditawarkan sekurang-kurangnya RM70K termasuk Perodua Alza Special Editon dan Viva Elit dengan kategori yang dipertandingkan manakala setiap kategori RM20 untuk pemenang utama setiap pusingan.

Yuran Penyertan RM100
(kategori pantai)
RM200 (laut dalam)

Thursday, January 7, 2010

Ikatan 'Bimini Twist'.

Cara membuat ikatan Bimini Twist




Bimini Twist digunakan oleh ramai golongan pemancing layang dan sukan kerana ketahanannya terhadap tegangan melampau yang boleh memutuskan tali apabila henjutan kuat berlaku secara tiba-tiba.


Terdapat dua kaedah ikatan Bimini Twist iaitu dengan tegangan kekili dan tegangan tangan. Asasnya sama teknik ikatan dengan bantuan tegangan kekili lebih mudah bagi yang baru mempelajarinya, manakala tegangan tangan memerlukan kemahiran dan pengalaman (rujuk gambar rajah)

Gambar 1 - Pasang kekili, setkan sistem 75% tegangan supaya tangsi tidak keluar apabila ditarik. Buat satu simpul mudah (Gambar 1b) untuk kegunaan mematikan simpulan pada akhir proses nanti.

Gambar 2 - Buat pusingan ikut jam sehingga lilitan terhasil kira-kira 30 lilitan (lop) yang kemas.

Gambar 3 - Tahan gelung lilitan dengan tapak kaki dan masukkan tangan ke dalam lop manakala hujung tali diregangkan pada sebelah tangan lagi.

Gambar 4 - Padatkan lop dengan membuka ruang lop sehingga lilitan tadi menjadi bertambah padat. Dimasa yang sama tahan agar hujung lilitan satu lagi ditegangkan menjadi lurus seperti Gambar 4b.

Gambar 5 - Kemudian padatkan lagi gelung/lop supaya hujung tangsi mula membuat lilitan kedua di atas lilitan pertama supaya ia terhasil belitan kedua ini kira-kira 5 hingga 7 lilitan (Gambar 5b).

Gambar 6 - Ambil gelung kecil yang dibuat sebelum ini (Gambar 1b) dan letakkan di bawah lilitan kedua.

Gambar 7 - Lilit kembali lilitan kedua tapi kali ini di atas gelung kecil tadi sehingga tiga atau empat pusingan. Rujuk Gambar 7b untuk paparan lebih jelas.

Gambar 8 - Tegangkan tali dan tarik keluar gelung kecil supaya hujung tali turut sama ditarik keluar dengan perlahan. Pastikan lop masih diletakkan pada tapak kaki (atau apa-apa objek yang kekal dan kuat) ditegang dengan sempurna.

Gambar 9 - Apabila hujung tali dikeluarkan, padatkan lagi dengan menarik sehingga lilitan menjadi bertambah kemas. Jangan terlalu kuat kerana ia boleh mencederakan tali. Potong hujung baki tali supaya terhasil ikatan Bimini Twist yang cantik (Gambar 9b).


sumber: Joran Berita Harian

Cara Ikatan T

Cara membuat ikatan bentuk T





Langkah 1 - Putarkan tangsi supaya ia terbentuk seperti dalam gambar 1. Ketika proses membentuk, pastikan hala pusingan tangsi berlawanan antara satu sama lain semasa menemukan tangsi ini – lihat anak panah.

Langkah 2 - Apabila membentuk 5 hingga 6 putaran, tegangkan kembali tangsi (seperti gambar 2) dan ketemukan semula lilitan tangsi yang dibuat ketika langkah 1. Proses ini bertujuan supaya lilitan menjadi lebih kemas dan rapat.

Langkah 3 - Ulangi langkah 1 dan 2 berulang kali sehingga lilitan yang dikehendaki cukup panjang. Biasanya panjang antara 15 hingga 25 sentimeter atau ukuran sejengkal jari dewasa.

Langkah 4 - Berikutnya untuk mematikan simpulan dengan menyilang kedua-dua lingkar (loop) tali sambil jari telunjuk dan jari hantu digunakan sebagai index. Loop yang terbina perlu besar supaya memudahkan kita membuat langkah berikutnya.

Langkah 5 - Gunakan kedua-dua jari telunjuk untuk memutarkan loop yang terbina sebanyak 5 hingga 7 pusingan seperti gambar.

Langkah 6 - Apabila mencukupi 7 pusingan, masukkan hujung pintal ke dalam loop melalui tengah-tengah loop.

Langkah 7 - Tegangkan tali seperti gambar 7. Sebelum memulakan regangan pastikan hujung pintal perlu ditegangkan sepenuhnya. Lakukan regangan dengan perlahan-lahan supaya ia membentuk sapu simpulan yang sekata. Gunakan pelincir seperti air liur (terbaik) semasa proses regangan ini supaya kita tidak mencalarkan tangsi semasa regangan dibuat.

Langkah 8 - Pasang mata kali pada hujung pintal seperti gambar. Contoh mata kail adalah jenis ‘Gamakatsu Octopus Circle Hook’.

Langkah 9 - Selesaikan pemasangan mata kail dengan memasukkan hujung mata pada hujung tali yang dipintal seperti gambar.

Langkah 10 - Contoh ikatan T yang siap. Mata kail berada kira-kira 15 sentimeter dari perambut utama dan regangan T dibuat supaya kedudukan mata jauh dari perambut utama.

Langkah 11 - Hujung tangsi digantung pemberat (ladung) dan hujung satu lagi disambungkan pada tali utama.

Sumber:joran Berita Harian

Wednesday, January 6, 2010

JoranHarian: PENTING : SISIPAN JORAN JUMAAT DAH TADAK LAGI..

JoranHarian: PENTING : SISIPAN JORAN JUMAAT DAH TADAK LAGI..

Haruan Sawah Padi 11

Dari sambungan...

Tangkapan pertama selepas berpuluh kali melontarkankan umpan ini di tepi parit yang di penuhi lalang dan lumut.


Tangkapan seterusnya ikan jenis yang sama.


Ikan yang terpedaya dengan janggut hitam putih dan katak hidup dicangkukkan bersama.

Oleh Zulhilmi Hat

tamat

Haruan Sawah Padi

Haruan makan katak plastik dan Jangggut.

Fenomena katak plastik dan kayu kini menjadi kegilaan kaki mengilat yang sudah merasai keberkesananya menjerat ikan persis kepala ular ini.
Daya lenggokan serta ditambah kipas disifatkan mampu menggoda spesis channa untuk mengejarnya yang sisangkakan katak atau pengacau di kawsan wilayahnya

Kawasan tumpan spot kami, tali air berhampiran sawah di Kg Tobiar, Pokok Sena.




Tali air di kawsan ini menjadi jernih apabila MADA melepaskan air ke dalam sawah untuk megalakkan penanaman padi di kawsan ini.

Katak yang digunakan oleh penulis yang berkesan menjerat ikan haruan sawah padi ini.


BERSAMBUNG...

Tuesday, January 5, 2010

Senarai Nama Pemenang Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2010 Taman Tasik Titiwangsa.

Pertandingan Memancing Pembuka Tirai 2010.

Selamat sudah pertandingan memacing Pembuka Tirai pada awal tahun ini. Sekurang-kurangnya 1,500 peserta membanjiri Taman Tasik Titiwangsa dan keputusan kemenangan berpihak kepada bekas pemotong kayu yang berasal dari Gombak Selangor.

Keputusan seperti berikut.

Nama

1. Sapawi Omar (Selangor) Toman 5.85kg RM12,000
2. Samsul Kamal Shafi (Selangor) Tongsan 3.86kg RM4,000
3. Khazrae Musa (KL) Tongsan 3.585kg RM2,000
4. Sauli Hamzah Abd Manaf (KL) Patin 2.82kg RM1,000

Kategori Toman

1. Sapawi Omar (Selangor) Toman 5.85kg RM300
2. Muzalmi Muhammad (Sgor) Toman 1.055kg RM200
3.Iman Rofi (KL) Toman 0.735kg RM100

Kategori Khas Keli

1.Aznizam Misnan (Sgor) Keli 1.8.1kg RM300
2. Kamal Kamrulla (Sgor) Keli 0.51kg RM200
3. Kamal Kamrulla (Sgor) Keli 0.245kg RM100

Kategori Ketutu

1. Mohd Nisharuddin Abu Shaari (KL) Ketutu 0.27kg RM300
2. Kamarul Faizal Abdul Karim (Sgor) Ketutu 0.095kg RM200
2. Ithin Ahmad Rani (KL) Ketutu 0.09kg RM100

Kategori Ikan Raja

1. Zamzaimon Ilyas (Sgor) Raja 0.7kg RM300
2. Mohd Izamuddin Zainol (Sgor) Raja 0.025kg RM200
3. Mohd Kamal Md Yusof Raja 0.2kg RM100

Kategori Tilapia

1. Samsuri (KL) Tilapia 0.755kg RM300
2. Haruddin Tamiri (Sgor) Tilapia 0.675kg RM200
2. Dolkipli Hussin (Sgor) Tilapia 0.585kg Rm100

Kategori Tongsan

1. Samsul Kamal Shafi (Selangor) Tongsan 3.86kg RM300
2. Khazrae Musa (KL) Tongsan 3.585kg RM200

Kategori Belida

1. Mohd Kamal Md Yusof (Sgor) Belida 0.08kg RM300


Kategori Pacu

1. Ithin Ahmad Rani (KL) Pacu 0.015kg RM300
2. Ithin Ahmad Rani (KL) Pacu 0.015kg RM200


Kategori Patin

1.Sauli Hamzah Abd Manaf (KL) Patin 2.82kg RM300

Berjumpa lagi Pertandingan seterusnya di Pantai Puteri, Melaka Mac ini